Saturday, 16 December 2017

PERANAN AL-QURAN DALAM MENYUMBANG KEJAYAAN BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN


PERANAN AL-QURAN DALAM MENYUMBANG KEJAYAAAN BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
(SESI DIS 2017)

DUB 1012 :
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
KELAS :
DTM2B
NAMA PENSYARAH :
PUAN NORAINI BINTI NAWAWI
KUMPULAN 8 :

©     SITI KHALIDAH BINTI MOHD AMRAN (02DTM17F1034)
©     NUR ADRIANA BINTI ROSLAN (02DTM17F1108)
©     NUR ATHIRAH BINTI MUSTAFA KAMAL (02DTM17F1016)
©     ATHIRAH SYADIYAH BINTI SULAIMAN (02DTM17F1111)
©     IYLIA AQILAH BINTI ABU BAKAR (02DTM17F1088)
©     NURSYAFIKAH BINTI AYUB (02DTM17F1073)


_____________________________________________




ISI KANDUNGAN


1 – Tajuk

Peranan Al Quran dalam menyumbang kejayaan bidang Sains, Teknologi dan kejuruteraan


2 – Pengenalan

-


3 – Isi dan huraian :


           ╔ Bidang sains
╔ Bidang kejuruteraan
╔ Bidang teknologi


4 – Kesimpulan

-


5 – Penghargaan

-


6 – Rujukan

-


7 – Lampiran

-







_________________________________________________________________________




PENGENALAN

                     Tajuk yang telah diberikan kepada kami ialah Peranan Al Quran dalam menyumbang kejayaan bidang Sains, Teknologi dan kejuruteraan. Dalam topik ini, kami telah melakukan beberapa penyelidikan melalui pembacaan melayari internet dan lain-lain. Hasilnya, kami telah menemui banyak ayat al-Quran yang mengetengahkan topik-topik berkenaan sains teknologi dan kejuruteraan. Ia telah mendorong ramai saintis di seluruh dunia untuk mengkaji sekali gus membuktikan kebenaran al-Quran.

                   Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan meniliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar mendapat tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah, jelas bahawa alam yang diciptakan oleh Allah S.W.T tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah S.W.T untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan Tuhan bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud “Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah telah menundukkan apa yang ada di bumi untuk (kepentingan)mu dan menyempurnakan nikmatNya untukmu zahir dan yang batin “ ( Surah Luqman : 20 ).

           Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita kerana di dalam Al-Quran telah tercatat segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. kami mengharapkan, dengan kajian ini, kami mampu membuka mata hatikami untuk lebih mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi sekali gus menjadi insan yang sentiasa meningkatkan iman dan taqwa kepada ALLAH swt.Semoga dengan penghasilan kertas kerja ini, dapat melayakkan kami memperoleh keredaan ALLAH swt dan kejayaan di dunia dan di akhirat.






BIDANG SAINS

           Sains dari segi bahasa berasal dari perkataan
scientia dalam bahasa Latin yang bermaksud ilmu pengetahuan. Secara umumnya, ilmu sains bukan sahaja bermaksud satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan fenomena alam fizikal, tetapi juga merujuk kepada kaedah memperoleh ilmu itu iaitu melalui eksperimen dan pembuktian empirikal. Dengan itu, sains menolak penjelasan melalui unsur ghaib yang tidak boleh dibuktikan secara empirikal. Peranan yang dimainkan Al-Quran telah menyumbang kemajuan dalam beberapa perkara dalam bidang sains, antararanya dalam bidang kejuruteraan kimia, bidang biologi, sains makanan, asas utama kehidupan, proses kejadian manusia, kehidupan manusia berpasangan dan proses pembentukan besi.

1. Kejuruteraan Kimia

v  Proses Fotosintesis dan Proses Pembakaran Sempurna

       Di dalam Al-Quran terdapat fenomena sains yang boleh dikaitkan dengan kejuruteraan kimia iaitu “proses fotosintesis” dan “proses pembakaran sempurna”.
Firman Allah swt:
“Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon hijau yang basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon- pohon itu”. (Surah Yasin: 80)
“Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya?” (Surah al-Waqi‟ah : 71-72).

        Beribu-ribu tahun yang lalu dan zaman sekarang membuktikan kandungan Al-Quran menepati ilmu sains dan teknologi. Ini kerana orang zaman dahulu menyalakan api daripada pokok kayu dan sekarang manusia menggunakan petrol, gas dan sebagainya untuk menyalakan api. Jika kita memikirkan di zaman dulu, tentu kita takjub bagaimana daripada kayu yang hijau itu boleh mengeluarkan api. Di zama nkita pula, kita masih merasai ketakjuban di atas penggunaan petrol dan gas yang boleh menghasilkan api untuk kegunaan seharian. Sebenarnya, petrol, diesel, gas, arang batu dan sebagainya yang dikeluarkan dari perut bumi berasal daripada pokok-pokok yang tertimbus jutaan tahun yang lalu. 

             Ini dapat meyakinkan kita bahawa Allah itu Maha Besar. Dia telah menyatakan sumber api dulu dan sekarang itu adalah berasal dari pokok. Allah s.w.t juga menggunakan perkataan “al-syajarah al-akhdar” (tumbuhan hijau)  ( Surah Yasin ayat-80 ) kerana perkataan ini boleh diertikan dengan tumbuhan hijau yang mempunyai klorofil. Menurut kajian sains tumbuhan hijau melakukan proses fotosintesis yang menghasilkan gas oksigen dan unsurekarbon hasil daripada tindak balas cahaya matahari dan gas karbon dioksida. Kedua-dua unsur ini (karbon dan oksigen) merupakan unsur penting untuk menghasilkan api daripada proses pembakaran sempurna.Oleh itu, firman Allah swt dalam Al-Quran yang menyatakan tentang proses fotosintesis dan proses pembakaran sempurna tidak ada sebarang keraguan dan sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui sesuatu.


2. Bidang biologi

      Dalam tajuk ini kita akan membahaskan kemukjizatan al-Quran dari segi ilmiah.Mukjizat Ilmiah bermaksud al-Quran mampu merangkumi seluruh kelengkapan manusia melalui ayat-ayat yang terkandung di dalamnya. Ini termasuk di dalam bidang ilmiah secara spesifiknya ilmu Biologi. Al-Quran merupakan asas kepada penemuan ilmu sains yang kita pelajari pada hari ini. Dari segi Biologi terutamanya, al-Quran telah banyak menerangkan maklumat-maklumat yang lebih terkehadapan(advanced) daripada apa yang lahir hasil daripada pemikiran manusia. Kemukjizatan al-Quran dalam bidang ini sangat jelas apabila didalam ayat-ayat itu sendiri jelas diterangkan proses-proses yang apabila dikaji memang benar kesahihannya dari segi saintifik.


3. Sains makanan.

·         Penemuan khasiat minyak zaitun yang terdapat di dalam sebuah hadis daripada Abdullah Bin Umar yang menyebut bahawa rasullah S.W.T “bersabda makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang pernuh berkat.”. Selain itu minyak zaiton berperanan menambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut, membantu sedikit sebanyak pesakit gestrik dan mereka yang mengalami masalah buah pinggang. 

         Selain itu, kelebihan susu ibu yang disebut oleh Allah S.W.T dalam surah Luqman ayat 14 “antara kelebihan susu ibu ialah mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul bagi bayi yang masih tidak mampu makan dan minum melainkan menyusu ibunya sahaja.

         Dalam kajian sains juga buah anggur mempunyai keajaiban rasa dan khasiat yang dirakam oleh Allah S.W.T dalam surah ar-ra’du ayat 4 serta surah an”am ayat 99 dan surah abasa ayat 28. Buah anggur mempunyai kandungan vitamin, mineral dan bahan antioksida lebih tinggi berbanding 20 buah lain yang telah diuji. Anggur juga merupakan sumber antioksida yang tinggi dan kaya dengan kalium untuk melambatkan proses penuaan. Kandungan antioksida dalam anggur juga mempunyai kandungan antioksida yang mempunyai khasiat sebagai pelindung sel daripada penyakit jantung, kanser dan beberapa penyakit ia juga dipercayai boleh mencegah dan membantu proses penyembuhan penyakit bawaan virus seperti influenza.


4. Asas Utama kehidupan

“Dan apakah orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah bercantum (sebagai benda yang satu), kemudian Kami pisahkan antara keduanya? Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (Al-Anbiya', 30)

          Ayat ini menceritakan tentang setiap makhluk Allah itu diciptakan daripada air daripada sekecil-kecil ciptaan sehingga ke sebesar-besar makhluk Allah. Air merupakan satu sumber yang sangat penting dalam kehidupan manusia dan merupakan satu nikmat yang sangat berharga bagi kita. Kajian telah membuktikan bahawa tubuh badan manusia komposisinya terdiri daripada 70% air. Begitu juga dengan bumi yang terdiri daripada 70% air. Malahan sel-sel (cell membrane) di dalam badan kita juga terdiri dari pada air. Oleh itu al-Quran telah pun terlebih dahulu menerangkan asas penciptaan sesuatu makhluk di muka bumi iaitu air. Di dalam al-Quran juga menerangkan penciptaan manusia daripada air.
“Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu  Dia jadikan manusia itu (mempunyai) keturunan dan musaharah dan Tuhanmu adalah Maha Kuasa sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya ).“ [Al-Furqan, 54]

       Selain itu, ayat al-Quran dari surah ini memberitahu bahawa secara jelas manusia itu diciptakan daripada air. Allah telah menciptakan manusia mempunyai titisan baka (air mani) bagi meneruskan lagi zuriat memakmurkan bumi ini.


5. Proses Kejadian Manusia

Proses kejadian manusia diceritakan daripada awal sehingga ke akhir di dalam al-Quran sebelum manusia mampu memikirkan proses itu sendiri.
“Dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia daripada saripati (yang berasal) daripada tanah;”
“Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (Rahim)”
“Kemudian Kami ciptakan air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Kemudian kami menjadikan makhluk yang (berbentuk) lain. Maha suci Allah, Pencipta yang paling baik.” [Al-Mu’minun: 12-14].

         Ayat di atas menceritakan proses pembentukan manusia, seperti mana yang didedahkan kepada kita hari ini. Ayat ini telah menerangkan secara sempurna mengenai proses pembentukan manusia pada mulanya manusia tercipta dari pati yang merujuk kepada tanah. Kejadian ini adalah ketika penciptaan manusia pertama iaitu peristiwa Allah menciptakan Nabi Adam daripada tanah. Bermula daripada cantuman air mani (sperma dan ovum) kemudian Musaharah (hubungan kekeluargaan yang berasal dari hubungan penikahan, seperti menantu mertua dan sebagainya)

          Penetapan yang kukuh; rahim bergumpal menjadi darah beku (alaqah) yang tergantung di dinding Rahim. Seterusnya, gumpalan darah itu membesar menjadi seketul daging (mudghah). Ketulan daging itu pula akan terbentuk beberapa tulang (tulang belakang), yang kemudiannya disempurnakan rupanya dengan balutan daging yang akhirnya membentuk janin.


6.  Kehidupan Manusia Berpasangan

           Tiada satu pun makhluk di muka bumi ini Allah ciptakan keseorangan. CiptaanNyasemua dijadikan berpasangan supaya mereka sentiasa mengingati kebesaran kuasa Allah. Ini juga menunjukkan ciptaan Allah yang berpasangan ini mempunyai sifat saling melengkapi. Dua ayat yang menerang unsur berpasangan dalam ciptaanNya:

“ Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh Bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang telah mereka tidak mengetahuinya” [Yasin:36]

           Sebagai contoh seperti kejadian siang dan malam. Kejadian siang dan malam tidak berlakudalam satu waktu yang sama. Pada satu masa Allah jadikan suasana gelap dengan sedikit cahaya, dan kemudian Dia menciptakan suasana yang terang benderang dengan cahaya matahari yang mampu menerangkan seluruh alam. Kejadian siang dan malam ini saling melengkapi, apabila adanya gelap disuluhi pula cahaya supaya keadaan menjadi terang(siang) supaya manusia dapat menjalankan aktiviti seharian masing-masing.

“Engkau memasukan siang ke dalam malam, dan memasukkan malam ke dalam siang. Dan Engkau mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup dan Engkau memberikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan” [al-Imran:27]

       Selain itu juga, adanya jantina lelaki dan perempuan, pahala dan dosa, syurga danneraka. Setiap ciptaan Allah itu lengkap dan seimbang. Keterangan di dalam ayat-ayat Allah menunjukkan kewujudan semua ciptaan di dunia ini secara berpasangan.


7. Proses Pembentukan Besi

Firman Allah S.W.T:
"Dan kami telah menurunkan besi, padanya ada kekuatan yang hebat serta berfungsi berbagai manfaat untuk manusia." (Surah Al-Hadid: 25). Terdapat satu surah di dalam Al-quran yang menggunakan nama logam iaitu Surah Al-Hadid yang bermaksud besi. Dalam Surah Al-Hadid ayat 25,  Allah telah berfirman “waanzalnaalhadiid” yang boleh diterjemahkan “dan kami turunkan besi”.

         Ayat ini memberi satu pertanyaan kepada kita umat manusia tentang asal usul besi. Sebenarnya, besi berasal dari langit yang tercipta daripada bintang-bintang melalui proses nukleosintesis. Ketika bintang-bintang itu mati (padam) lantaran kehabisan bahan bakar hidrogen(H), besi itu (bersama-sama unsur lain) dihamburkan ke ruang angkasa. Unsur berat dalam alam semesta ialah dihasilkan oleh nuklid bintang besar. Sistem solar kita bagaimanapun tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan oleh bintang yang lebih besar daripada matahari iaitu suhunya mencecah beratus juta celcius.  

        Apabila besi mencapai amaun melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak lagi dapat menampungnya dan akhirnya meletup dalam satu letupan yang dipanggil nova atausupernova. Hasil daripada letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan keseluruh alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala. Selain itu, elemen utama pada pusat bumi iaitu teras bumi yang berjejari 3470 km ialah besi (Fe) dengankandungannya 90% dan nikel (Ni) dan belerang (S). 

          Fungsi utama besi di pusat bumiAllah telahjelaskan dalam ayat yang berbunyi “fiihiba'sunsyadiid” (padanya ada kekuatan hebat). Besi di pusat bumi itu menimbulkan kekuatan yang hebat yang berupa magnet dan tarikan graviti. Firman Allah selanjutnya pada Al hadiid (ayat 25) yang bermaksud serta berbagai manfaat untuk manusia. Manfaat yang perlu disebutkan paling dahulu (sebab manusia sering lupa) ialah bahawa besi merupakan salah satu unsur yang membangun haemoglobin, protein dalan darah yang berfungsi mengikat oksigen yang kita menghirupnya dari udara. Ketika oksigen masuk ke dalam paru-paru kita, oksigen itu segera ditangkap oleh besi dalam haemoglobin, kemudian  dihantar oleh darah keseluruh tubuh kita untuk proses metabolisme. Jelas sekali Allah memelihara kelangsungan hidup kita melalui besi. Oleh itu, kita sebagai manusia perlulah sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita.








BIDANG KEJURUTERAAN

1. Kejuruteraan awam

               Kubah dan menara masjid yang di bina menunjukkan kefahaman dan kemahiran sarjana-sarjana Islam dahulu dalam bidang sains bangunan dan seni bina. Dalam kejuruteraan awam hidrologi 6, orang-orang Islam juga memberi sumbangan penting. Pada zaman pemerintahan khalifah Umar, beberapa terusan telah dibina. Saiyidina Umar pula telah mengarahkan pembinaan satu terusan yang panjangnya lebih kurang 10 km yang mengalirkan air dari sungai Furat. Terusan ini diberi nama Terusan Abu Musa Asy‟ari, pemerintah Basrah ketika itu.

              Satu lagi terusan ialah Terusan Ma‟akal yang di bina di bawah penyeliaan Ma‟akal Ibnu Yasar. Teknologi air bawah tanah juga telah di usahakan di Parsi. Bandar Isfahan dikelilingi oleh padang pasir. Teknologi ini telah ditulis oleh Syaikh Bahauddin al-A’mili seorang ahli sufi Safavid yang mahir dalam matematik dan keagamaan.

              Bagi negara yang yang dikelilingi oleh padang pasir, teknologi ini amat berguna kerana ia dapat mengelakkan pengewapan air. Bukti ini menunjukkan bahawa mereka juga telah meneliti bukan sahaja tentang pembinaannya, bahkan mengambil berat tentang perancangan dan penyelenggaraan projek tersebut.

2. Kejuruteraan mekanikal

                Boleh dikatakan sumbangan sarjana sains dan teknologi Islam yang banyak ialah dalam bidang mekanik. Sumbangan Banu Musa terkandung didalam buku Kitab Peranti (TheBooks of Artifices) yang telah disebut dahulu. Ibnu Sina pula walaupun beliau lebih terkenal dalam bidang perubatan dan pembedahan, namun beliau banyak memberi sumbangan yang mengagumkan dalam bidang mekanikal. Di antara saranan Ibnu Sina ialah prinsip inersia yang terkandung di dalam kata-katanya yang berbunyi “tidak ada jasad yang mula bergerak atau berhenti dengan sendiri.”, “masa tidak boleh dibayangkan tanpa gerakan.”, “daya hanya boleh di sukat dalam sebutan kesan-kesannya.”, “dalam sesuatu mesin mudah, apa yang diperoleh dalam bentuk kuasa adalah kehilangan dalam kelajuannya.” Al-Khwarizmi pula tertarik kepada kerja-kerja amali tentang bagaimana dapat menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi) dan keapungan.

          Di antara pernyataan Khawarizmi yang berkaitan dengan hal ini ialah “berat ialah daya malar inheren tatkala sesuatu jasad tertarik ke pusat bumi”, “jasad-jasad yang mempunyai graviti sama ialah jasad-jasad yang bergerak didalam cecair dari titik tunggak melalui jarak yang sama dalam masa yang sama.” Teknologi yang mendapatkan tenaga dari udara dan air telah mendapat perhatian orang serata dunia dan ia merupakan Penggerak Perdana” yang utama sehinggalah kuasa tenaga stim diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian. Antara contoh rekaan ialah jam air gajah, pam air duasilinder, pam air enam silinder selari, perangan jet stim. Ini jelas mengambarkan manusia pada zaman nabi juga mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang ilmu dalam bidang teknologi dan ini seterusnya memberi manfaat kepada manusia sejagat.







BIDANG TEKNOLOGI

             Tahukah anda apa pula makna teknologi? Teknologi merujuk kepada cara penyelesaian kepada masalah sebenar manusia melalui kemajuan dan penggunaan peralatan, bahan-bahan, jentera, maklumat, pemerosesan dan sebagainya. Hal ini bermakna teknologi lebih merujuk kepada cara penggunaan dan pengetahuan peralatan dan kemahiran manusia. Sejarah teknologi bermula seawal sejarah manusia sendiri. Manusia terawal telahpun menggunakan pelbagai peralatan untuk menyelesaikan masalah hidup mereka seperti alat perburuan, pertanian, pemahatan dan sebagainya. Setelah itu, peralatan yang digunakan oleh manusia menjadi semakin kompleks dan ilmu pengetahuan tentangnya juga berkembang. Himpunan ilmu pengetahuan tentang teknik penciptaan peralatan dan kegunaannya untuk memenuhi pelbagai keperluan fizikal hidup manusia inilah yang akhirnya berkembang menjadi satu disiplin ilmu teknologi seperti yang diketahui sekarang.

             ICT pula merujuk kepada penggunaan teknologi dalam mengurus, mengguna dan memproses maklumat. Secara tepatnya ICT berkait dengan penggunaan komputer elektronik dan perisian untuk memindah, menyimpan, memelihara, memproses dan memadankan maklumat. Bagi masyarakat umum pula, ICT lebih difahami sebagai kemahiran memanfaatkan dan menggunakan Internet untuk tujuan mencari, memindah, menyimpan dan memadankan maklumat. 

                Berdasarkan definisi ketiga-tiga bidang tersebut, jelas kepada anda bahawa ketiga-tiganya merupakan pengetahuan dan kemahiran yang sangat penting bagi umat manusia, termasuk masyarakat Islam.

               Contoh yang sesuai ialah al-Qur’an. Walaupun al-Qur’an bukan buku sains, namun terdapat banyak maklumat sains di dalamnya. Umpamanya, al-Qur’an menjelaskan secara terperinci tentang permulaan kejadian manusia dari peringkat embrio semasa di dalam rahim ibunya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dari tanah yang lembut. Kemudian Kami jadikannya setitik sperma pada tempat yang tetap (rahim), kemudian Kami jadikan sperma itu sesuatu yang bergantungan yang seterusnya menjadi mudghagh (seketul ketumbuhan). Mudghah ini pula seterusnya Kami jadikan tulang dan kemudiannya Kami litupi tulang tersebut dengan daging kamudian Kami jadikannya makhluk yang berbeza … (Surah al-Mu’minun: 12 – 14)

           Dalam ayat ini, al-Qur’an menjelaskan secara terperinci peringkat kejadian manusia. Penjelasan ini telah terbukti menepati proses pembesaran janin dalan rahim ibunya seperti yang dijelaskan oleh para saintis moden hari ini.

          Terdapat berpuluh-puluh ayat lain yang menggambarkan betapa rapatnya hubungan antara al-Qur’an dengan sains. Hal ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana hakikatnya semua ilmu berpunca daripada Allah s.w.t. Maka, begitulah juga ilmu sains berpunca daripada Allah s.w.t. Berdasarkan takrifan yang dinyatakan di atas iaitu sains merujuk kepada satu bidang ilmu yang berkaitan dengan kajian alam fizikal dan segala fenomena yang berlaku dalamnya, maka jelas bahawa sains juga bersumberkan Allah s.w.t. yang disampaikan melalui al-Qur’an. Hal ini kerana alam semesta ini merupakan ciptaan dan milik Allah s.w.t. Maka sudah tentulah ilmu yang berkaitan dengan alam semesta juga merupakan ciptaan dan milik Allah s.w.t. 

                Ketika masyarakat Barat masih lagi hidup dalam zaman kegelapan pada abad-abad pertengahan (medieval period), umat Islam telah mencapai zaman kegemilangan sains dan teknologi hasil ciptaan dan pemikiran para saintis Muslim. Bagaimanapun, akibat kealpaan umat Islam selepas itu, penguasaan mereka terhadap ilmu pengetahuan tersebut mulai merosot dan akhirnya ilmu pengetahuan mereka dipindahkan kepada masyarakat Barat. Hasil sumbangan dan pemikiran cerdik pandai Islam inilah yang akhirnya memberi sumbangan kepada kemunculan dan kegemilangan tamadun Barat seperti yang kita saksikan hari ini. Dengan itu, menjadi tugas para saintis Muslim pada hari ini untuk bekerja keras untuk mengembalikan keagungan tamadun Islam seperti yang pernah dinikmati dahulu. Tumpuan yang serius mesti diberikan oleh masyarakat Islam untuk mengembalikan keagungan sains dan teknologi Islam. Mempelajari ilmu sains, teknologi dan ICT sehingga boleh dimanfaatkan oleh orang lain merupakan fardu kifayah bagi semua umat Islam. Antara sebab umat Islam mesti memberikan perhatian berat kepada sains, teknologi dan ICT ialah kerana:

1)    Dalam dunia hari ini, ternyata sekali bahawa negara yang memiliki kekuatan dalam bidang-bidang ini adalah negara yang paling berkuasa dan berpengaruh. Umat Islam mesti memastikan bahawa negara umat Islam menjadi negara yang paling kuat dan berpengaruh. Hal ini memungkinkan usaha penyebaran dakwah Islamiyyah bagi memuliakan kalimah Allah dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

2)     Sains, teknologi dan ICT bukanlah sesuatu yang asing bagi agama Islam. Semua ilmu berasal daripada Allah s.w.t. termasuk juga sains, teknologi dan ICT. Selain itu, umat Islam dahulu telah berjaya muncul sebagai pelopor dan peneroka dalam bidang ini. Maka umat Islam sekarang perlu berusaha untuk mengembalikan status tersebut.

3)    . Islam sangat terbuka dalam usaha mendapatkan ilmu dan kebijaksanaan. Islam membenarkan para penganutnya untuk mengambil ilmu walaupun daripada sesiapa juga. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

‘Menuntut ilmu agama adalah kefarduan kepada orang Islam lelaki dan perempuan.’
(HR. Ibnu Adi dan Baihaqi)
            Hal ini bermakna Islam mengajarkan kita supaya berusaha untuk mendapatkan ilmu walaupun terpaksa belajar dan mendapatkannya daripada orang kafir.

Teknologi adalah ilmu tentang alat. Al-quran mendidik manusia supaya memiliki nilai guna yang Qurani. Nilai guna Qurani menghubungkan etika dan nila yang sifatnya memberi guna (yanfaunnas). Ia penting kerana setiap alat jangan sampai disalahguna dan membawa mudarat kepada pengguna dan manusia.  

Tidak salah membangunkan teknologi kerana ia adalah produk kepada sains. Di samping pembangun teknnologi tinggi (high-tech) umpamanya, sentuhan keinsanan (high-touch) juga penting kerana sentuhan keinsanan boleh membina nilai guna yang sifatnya menyantuni.

Nilai guna yang dilandasi oleh etika yang Qurani memberi pedoman supaya kegunaan sesuatu alat dihubungkan dengan Allah. Allah memberi pedoman dalam Al-Quran supaya melakukan sesuatu atas pertimbangkan yang ma’aruf dan jauhkan daripada kemungkaran. Tanpa etika Qurani manusia boleh menyalahgunakan alat dan membawa musibah kepada pengguna serta manusia.

Internet boleh digunakan untuk maksud kebaikan dan juga boleh digunakan untuk maksud keburukan. Yang menyebabkan kecenderungan baik dan buruk itu ialah etika yang terbina hasil keinsafan mandalam manusia bahawa dalam melakukan sesuatu Allah mengetahui walaupun orang lain tidak tahu. Pengguna yang memiliki God-conciousness atau keihsanan yang tinggi memilih jalan Allah dalam melakukan sesuatu. Allah mengungkapkan dalam A-Quran Inna aqramakum’indallah hi atqaqumkaramah insan (yang terbaik) ialah yang memiliki jiwa muttaqeen.

Sejarah tamadun Islam di samping cemerlang dengan penemuan saintifik tetapi juga pembangunan teknologi. Barat sering menyembunyikan pencapaian ilmuwan Islam dalam bidang teknologi. Barat sering menyatakan merekalah orang pertama dan pembangunan pelbagai jenis teknologi. Islam sejak abad ke-7 hingga abad ke-13 merupakan pelopor dalam bidang sains dan teknologi. Barat hanya melannjutkan penemuan awal daripada ilmuwan Islam. Sayangnya sejarah tamadun Barat tidak menyatakannya.

Jam mekanik dibangunkan oleh Khalaf Al-Muradi (Sepanyol) pada 1300M dan muncul dalam peradaban Barat pada tahun 1430M. Teknologi robot dibangunkan oleh Al Jazari (1136-1206) sedangkan Barat menemui teknologi robot oleh Leornardo da Vincci pada abad ke-13M.

Begitu juga perekaan teknologi kamera dilakukan oleh Ibn Al al-Haitam di abad 10M dengan temuan cemerlangannya kamera obscura. Pengembangan teknologi kamera dilakukan oleh Giovanni Batista Della Porta dan Joseph Kepler sekira abad 16M.

Teknologi kaca mata dan teknologi pesawat terbang dipelopori oleh ilmuwan Islam Lutfallah Gari (Saudi) dan Abbas Ibnu Firnas pada tahun 852M dan 875M. Ia amat bercanggah dengan pendapat orang Barat sebagai penemu dan pencetus pesawat terbang pertama pada abad ke-19. Ia bermakna teknologi pada zaman ketamadunan Islam adalah sesuatu yang amat dikagumi walaupun Barat cuba menyembunyikan hakikat sejarah ini untuk maksud-maksud tertentu.

Dalam tradisi Islam, teknologi selamannya alat dan ia bukan matlamat. Setakat mana teknologi membangunkan akal-budi insan supaya teknologi memberi manfaat kepada manusia, ia menjadi matlamat. Sebab it faktor nilai guna menjadi sesuatu yang amat utama. Teknologi terkini seperti komputer dan internet dari segi perkakasan ia berguna. Tetapi dari sudut perisian ia memerlukan semakan dan saringan supaya ia sesuai dengan kegunaan kita. Ia menjadi suatu cabaran kepada pengguna kita yang berkeahlian dan kepakaran membangunkan perisian yang sesuai untuk kita.

Sains dan teknologi adalah rakan kembar yang berkait dengan perubahan dan kemajuan. Seperti juga sains, ia memberi manfaat kepada manusia seperti juga teknologi. Setakat mana ia bermanfaat terhubung dengan nilai guna yang dimiliki oleh pengguna supaya maksud kesejahteraan tercapai. Sekiranya sains dan teknologi menghasilkan musibah dan ia dikendalikan di luar tuntutan kemanusiaan, sains dan teknologi bakal menghasilkan malapetaka dan bencana.

Sebaliknya teknologi yang menjadi alat bantu dan ditunjangi oleh jiwa ihsan yang tinggi bakal memberi manfaat kepada umat manusia dan alam. Allah telah memberi pedoman dalam Al-Quran bahawa kerosakan ala mini adalah akibat perubatan tangan-tangan manusia. Sebahagian tangan-tangan itu adalah akibat salah guna kepentingan teknologi dan menyebabkan musibah terjadi.





KESIMPULAN

           Perbincangan ini jelas menunjukkan bahawa sains, teknologi dan ICT merupakan sesuatu yang sangat mustahak bagi kehidupan manusia. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat, sentiasa menggesa umatnya untuk memberi penekanan bagi menguasai segala bidang ilmu termasuk sains, teknologi dan kejuruteraan. Dengan menguasai ketiga-tiga bidang tersebut, umat Islam boleh menjadi lebih kuat, dihormati dan mudah untuk menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada manusia sejagat. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah, jelas bahawa alam diciptakan oleh Allah SWT tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada dilangit dan di bumi adalah hak Allah SWT untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat. Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan Tuhan bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud :


"Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah menundukkan apa yang ada di bumi untuk (kepentingan) mu dan menyempurnakan nikmat-Nya untukmu zahir dan batin". -Surah Luqman : 20

Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-quran sebagai panduan hidup kita kerana di dalam Al-Quran telah tercatat segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. Bidang kejuruteraan juga ada disebut di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang kejuruteraan sehingga mereka dapat mencipta peralatan yang berguna hingga kini.



PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat ilahi  kerana dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami , Puan Noraini Binti Nawawi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
 Kami juga ingin mengucapkan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami Berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan bantuan terhadapan kami. Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.
Sekian, Terima kasih :)



RUJUKAN

 
Buku Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam – Mohd Azli Adnan, Asnuurien Najma Ahmad, Azman Abd Rahman
(2015)

∂  PERANAN AL-QURAN DALAM SAINS TEKNOLONGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM – Mohd Nazmi
 http://mohdnazmi505.blogspot.my/2015/08/peranan-al-quran-dalam-sains-teknolongi.html
(17 Ogos 2015)

∂  Peranan AlQuran dalam Sains dan Teknologi – Nur Iman
http://www.academia.edu/4634610/Peranan_AlQuran_dalam_Sains_dan_Teknologi
(2013)

∂  SAINS, TEKNOLOGI DAN ICT – Universiti Terbuka wawasan
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/sains-teknologi-dan-ict/
(2009)

  Al-Quran dan ilmu pengetahuan – Cikgu Sidek Baba
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/cikgu-sidek-baba/al-quran-dan-ilmu-pengetahuan-1.458542
(4 Disember 2014)

∂  PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM AL-QUR’AN DAN HADITH – Widya Rahman
http://widyaelrahma.blogspot.my/2014/07/pendidikan-sains-dan-teknologi-dalam-al.html
(22 Julai 2014)




LAMPIRAN















VIDEO PROSES PEMBENTUKAN BAYI SEHINGGA DILAHIRKAN



😊😍😊