PERANAN AL-QURAN DALAM MENYUMBANG KEJAYAAAN BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN
(SESI DIS 2017)
(SESI DIS 2017)
DUB 1012 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
KELAS : DTM2B
NAMA PENSYARAH : PUAN NORAINI BINTI NAWAWI
KUMPULAN 8 :
© SITI KHALIDAH BINTI MOHD AMRAN (02DTM17F1034)
© NUR ADRIANA BINTI ROSLAN
(02DTM17F1108)
© NUR ATHIRAH BINTI MUSTAFA KAMAL
(02DTM17F1016)
© ATHIRAH SYADIYAH BINTI SULAIMAN
(02DTM17F1111)
© IYLIA AQILAH BINTI ABU BAKAR
(02DTM17F1088)
© NURSYAFIKAH BINTI AYUB
(02DTM17F1073)
_____________________________________________
ISI KANDUNGAN
1 – Tajuk |
Peranan Al Quran dalam menyumbang kejayaan bidang Sains, Teknologi dan kejuruteraan |
2 – Pengenalan |
-
|
3 – Isi dan huraian :
|
╔ Bidang sains
╔
Bidang kejuruteraan
╔
Bidang teknologi
|
4 – Kesimpulan |
-
|
5 – Penghargaan
|
-
|
6 – Rujukan |
-
|
7 – Lampiran |
-
|
_________________________________________________________________________
PENGENALAN
Tajuk yang telah diberikan
kepada kami ialah Peranan Al Quran dalam menyumbang
kejayaan bidang Sains, Teknologi dan kejuruteraan. Dalam topik ini, kami
telah melakukan beberapa penyelidikan melalui pembacaan melayari internet dan
lain-lain. Hasilnya, kami telah menemui banyak ayat al-Quran yang mengetengahkan
topik-topik berkenaan sains teknologi dan kejuruteraan. Ia telah mendorong
ramai saintis di seluruh dunia untuk mengkaji sekali gus membuktikan kebenaran
al-Quran.
Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyeru
manusia supaya mengkaji dan meniliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami
ilmu pengetahuan agar mendapat tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di
bawah, jelas bahawa alam yang diciptakan oleh Allah S.W.T tertakluk kepada
hukum-hukum tertentu dan apa yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah
S.W.T untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat Islam tidak terbatas antara
hubungan manusia dengan Tuhan bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Allah
berfirman yang bermaksud “Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah telah menundukkan
apa yang ada di bumi untuk (kepentingan)mu dan menyempurnakan nikmatNya untukmu
zahir dan yang batin “ ( Surah Luqman : 20 ).
Oleh itu, kita seharusnya menjadikan
Al-Quran sebagai panduan hidup kita kerana di dalam Al-Quran telah tercatat
segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. kami mengharapkan, dengan
kajian ini, kami mampu membuka mata hatikami untuk lebih mensyukuri nikmat
kurniaan Ilahi sekali gus menjadi insan yang sentiasa meningkatkan iman dan
taqwa kepada ALLAH swt.Semoga dengan penghasilan kertas kerja ini, dapat
melayakkan kami memperoleh keredaan ALLAH swt dan kejayaan di dunia dan di
akhirat.
BIDANG
SAINS
Sains dari segi bahasa berasal dari perkataan scientia dalam bahasa Latin yang bermaksud ilmu pengetahuan. Secara umumnya, ilmu sains bukan sahaja bermaksud satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan fenomena alam fizikal, tetapi juga merujuk kepada kaedah memperoleh ilmu itu iaitu melalui eksperimen dan pembuktian empirikal. Dengan itu, sains menolak penjelasan melalui unsur ghaib yang tidak boleh dibuktikan secara empirikal. Peranan yang dimainkan Al-Quran telah menyumbang kemajuan dalam beberapa perkara dalam bidang sains, antararanya dalam bidang kejuruteraan kimia, bidang biologi, sains makanan, asas utama kehidupan, proses kejadian manusia, kehidupan manusia berpasangan dan proses pembentukan besi.
1.
Kejuruteraan Kimia
v Proses Fotosintesis dan Proses Pembakaran Sempurna
Di dalam Al-Quran terdapat
fenomena sains yang boleh dikaitkan dengan kejuruteraan kimia iaitu “proses
fotosintesis” dan “proses pembakaran sempurna”.
Firman Allah swt:
“Tuhan
yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon hijau yang basah
untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon- pohon
itu”. (Surah Yasin: 80)
“Akhirnya,
tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? Kamukah
yang menumbuhkan pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya?” (Surah
al-Waqi‟ah : 71-72).
Beribu-ribu tahun yang lalu dan zaman
sekarang membuktikan kandungan Al-Quran menepati ilmu sains dan teknologi. Ini
kerana orang zaman dahulu menyalakan api daripada pokok kayu dan sekarang
manusia menggunakan petrol, gas dan sebagainya untuk menyalakan api. Jika kita
memikirkan di zaman dulu, tentu kita takjub bagaimana daripada kayu yang hijau
itu boleh mengeluarkan api. Di zama nkita pula, kita masih merasai ketakjuban
di atas penggunaan petrol dan gas yang boleh menghasilkan api untuk kegunaan
seharian. Sebenarnya, petrol, diesel, gas, arang batu dan sebagainya yang
dikeluarkan dari perut bumi berasal daripada pokok-pokok yang tertimbus jutaan
tahun yang lalu.
Ini dapat meyakinkan kita bahawa Allah itu Maha Besar. Dia
telah menyatakan sumber api dulu dan sekarang itu adalah berasal dari pokok. Allah
s.w.t juga menggunakan perkataan “al-syajarah al-akhdar” (tumbuhan hijau) ( Surah Yasin ayat-80 ) kerana perkataan ini
boleh diertikan dengan tumbuhan hijau yang mempunyai klorofil. Menurut kajian
sains tumbuhan hijau melakukan proses fotosintesis yang menghasilkan gas
oksigen dan unsurekarbon hasil daripada tindak balas cahaya matahari dan gas
karbon dioksida. Kedua-dua unsur ini (karbon dan oksigen) merupakan unsur
penting untuk menghasilkan api daripada proses pembakaran sempurna.Oleh itu,
firman Allah swt dalam Al-Quran yang menyatakan tentang proses fotosintesis dan
proses pembakaran sempurna tidak ada sebarang keraguan dan sesungguhnya Allah
swt lebih mengetahui sesuatu.
2.
Bidang biologi
Dalam tajuk ini kita akan membahaskan
kemukjizatan al-Quran dari segi ilmiah.Mukjizat Ilmiah bermaksud al-Quran mampu
merangkumi seluruh kelengkapan manusia melalui ayat-ayat yang terkandung di
dalamnya. Ini termasuk di dalam bidang ilmiah secara spesifiknya ilmu Biologi.
Al-Quran merupakan asas kepada penemuan ilmu sains yang kita pelajari pada hari
ini. Dari segi Biologi terutamanya, al-Quran telah banyak menerangkan maklumat-maklumat
yang lebih terkehadapan(advanced) daripada apa yang lahir hasil daripada
pemikiran manusia. Kemukjizatan al-Quran dalam bidang ini sangat jelas apabila
didalam ayat-ayat itu sendiri jelas diterangkan proses-proses yang apabila
dikaji memang benar kesahihannya dari segi saintifik.
3.
Sains makanan.
· Penemuan khasiat minyak zaitun yang
terdapat di dalam sebuah hadis daripada Abdullah Bin Umar yang menyebut bahawa
rasullah S.W.T “bersabda makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai
minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang pernuh berkat.”.
Selain itu minyak zaiton berperanan menambah zat makanan, mencuci dan membaik
pulih perut, membantu sedikit sebanyak pesakit gestrik dan mereka yang
mengalami masalah buah pinggang.
Selain itu, kelebihan susu ibu yang disebut
oleh Allah S.W.T dalam surah Luqman ayat 14 “antara kelebihan susu ibu ialah
mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul bagi bayi yang masih tidak
mampu makan dan minum melainkan menyusu ibunya sahaja.
Dalam kajian sains juga buah anggur
mempunyai keajaiban rasa dan khasiat yang dirakam oleh Allah S.W.T dalam surah
ar-ra’du ayat 4 serta surah an”am ayat 99 dan surah abasa ayat 28. Buah anggur
mempunyai kandungan vitamin, mineral dan bahan antioksida lebih tinggi
berbanding 20 buah lain yang telah diuji. Anggur juga merupakan sumber
antioksida yang tinggi dan kaya dengan kalium untuk melambatkan proses penuaan.
Kandungan antioksida dalam anggur juga mempunyai kandungan antioksida yang
mempunyai khasiat sebagai pelindung sel daripada penyakit jantung, kanser dan
beberapa penyakit ia juga dipercayai boleh mencegah dan membantu proses
penyembuhan penyakit bawaan virus seperti influenza.
4.
Asas Utama kehidupan
“Dan
apakah orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya
dahulu adalah bercantum (sebagai benda yang satu), kemudian Kami pisahkan
antara keduanya? Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup? Maka
mengapa mereka tidak mahu beriman?” (Al-Anbiya', 30)
Ayat ini menceritakan tentang setiap makhluk
Allah itu diciptakan daripada air daripada sekecil-kecil ciptaan sehingga ke
sebesar-besar makhluk Allah. Air merupakan satu sumber yang sangat penting
dalam kehidupan manusia dan merupakan satu nikmat yang sangat berharga bagi
kita. Kajian telah membuktikan bahawa tubuh badan manusia komposisinya terdiri
daripada 70% air. Begitu juga dengan bumi yang terdiri daripada 70% air.
Malahan sel-sel (cell membrane) di dalam badan kita juga terdiri dari pada air.
Oleh itu al-Quran telah pun terlebih dahulu menerangkan asas penciptaan sesuatu
makhluk di muka bumi iaitu air. Di dalam al-Quran juga menerangkan penciptaan
manusia daripada air.
“Dan
Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu Dia jadikan manusia itu (mempunyai) keturunan
dan musaharah dan Tuhanmu adalah Maha Kuasa sememangnya tuhanmu berkuasa
(menciptakan apa jua yang dikehendakiNya ).“ [Al-Furqan, 54]
Selain itu, ayat al-Quran
dari surah ini memberitahu bahawa secara jelas manusia itu diciptakan daripada
air. Allah telah menciptakan manusia mempunyai titisan baka (air mani) bagi
meneruskan lagi zuriat memakmurkan bumi ini.
5.
Proses Kejadian Manusia
Proses kejadian manusia
diceritakan daripada awal sehingga ke akhir di dalam al-Quran sebelum manusia
mampu memikirkan proses itu sendiri.
“Dan
sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia daripada saripati (yang berasal)
daripada tanah;”
“Kemudian
Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (Rahim)”
“Kemudian
Kami ciptakan air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang
melekat itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan
tulang belulang, lalu Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Kemudian kami
menjadikan makhluk yang (berbentuk) lain. Maha suci Allah, Pencipta yang paling
baik.” [Al-Mu’minun: 12-14].
Ayat di atas menceritakan proses
pembentukan manusia, seperti mana yang didedahkan kepada kita hari ini. Ayat
ini telah menerangkan secara sempurna mengenai proses pembentukan manusia pada
mulanya manusia tercipta dari pati yang merujuk kepada tanah. Kejadian ini adalah
ketika penciptaan manusia pertama iaitu peristiwa Allah menciptakan Nabi Adam daripada
tanah. Bermula daripada cantuman air mani (sperma dan ovum) kemudian Musaharah (hubungan
kekeluargaan yang berasal dari hubungan penikahan, seperti menantu mertua dan sebagainya)
Penetapan yang kukuh; rahim bergumpal menjadi darah beku (alaqah) yang
tergantung di dinding Rahim. Seterusnya, gumpalan darah itu membesar menjadi
seketul daging (mudghah). Ketulan daging itu pula akan terbentuk beberapa
tulang (tulang belakang), yang kemudiannya disempurnakan rupanya dengan balutan
daging yang akhirnya membentuk janin.
6.
Kehidupan Manusia Berpasangan
Tiada satu pun makhluk di
muka bumi ini Allah ciptakan keseorangan. CiptaanNyasemua dijadikan berpasangan
supaya mereka sentiasa mengingati kebesaran kuasa Allah. Ini juga menunjukkan
ciptaan Allah yang berpasangan ini mempunyai sifat saling melengkapi. Dua ayat
yang menerang unsur berpasangan dalam ciptaanNya:
“
Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan;
sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh Bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari
apa yang telah mereka tidak mengetahuinya” [Yasin:36]
Sebagai contoh seperti kejadian
siang dan malam. Kejadian siang dan malam tidak berlakudalam satu waktu yang
sama. Pada satu masa Allah jadikan suasana gelap dengan sedikit cahaya, dan
kemudian Dia menciptakan suasana yang terang benderang dengan cahaya matahari
yang mampu menerangkan seluruh alam. Kejadian siang dan malam ini saling melengkapi,
apabila adanya gelap disuluhi pula cahaya supaya keadaan menjadi terang(siang)
supaya manusia dapat menjalankan aktiviti seharian masing-masing.
“Engkau
memasukan siang ke dalam malam, dan memasukkan malam ke dalam siang. Dan Engkau
mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari
yang hidup dan Engkau memberikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa
perhitungan” [al-Imran:27]
Selain itu juga, adanya jantina lelaki
dan perempuan, pahala dan dosa, syurga danneraka. Setiap ciptaan Allah itu
lengkap dan seimbang. Keterangan di dalam ayat-ayat Allah menunjukkan kewujudan
semua ciptaan di dunia ini secara berpasangan.
7. Proses
Pembentukan Besi
Firman
Allah S.W.T:
"Dan kami telah menurunkan
besi, padanya ada kekuatan yang hebat serta berfungsi berbagai manfaat untuk
manusia." (Surah Al-Hadid: 25). Terdapat satu surah di dalam Al-quran yang
menggunakan nama logam iaitu Surah Al-Hadid yang bermaksud besi. Dalam Surah Al-Hadid
ayat 25, Allah telah berfirman “waanzalnaalhadiid”
yang boleh diterjemahkan “dan kami turunkan besi”.
Ayat ini memberi satu pertanyaan kepada kita
umat manusia tentang asal usul besi. Sebenarnya, besi berasal dari langit yang
tercipta daripada bintang-bintang melalui proses nukleosintesis. Ketika
bintang-bintang itu mati (padam) lantaran kehabisan bahan bakar hidrogen(H),
besi itu (bersama-sama unsur lain) dihamburkan ke ruang angkasa. Unsur berat
dalam alam semesta ialah dihasilkan oleh nuklid bintang besar. Sistem solar
kita bagaimanapun tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi
baginya. Besi hanya dapat dihasilkan oleh bintang yang lebih besar daripada
matahari iaitu suhunya mencecah beratus juta celcius.
Apabila besi mencapai
amaun melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak lagi
dapat menampungnya dan akhirnya meletup dalam satu letupan yang dipanggil nova
atausupernova. Hasil daripada letupan ini, meteor yang mengandungi besi
berserakan keseluruh alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa
sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala. Selain itu,
elemen utama pada pusat bumi iaitu teras bumi yang berjejari 3470 km ialah besi
(Fe) dengankandungannya 90% dan nikel (Ni) dan belerang (S).
Fungsi utama besi
di pusat bumiAllah telahjelaskan dalam ayat yang berbunyi “fiihiba'sunsyadiid”
(padanya ada kekuatan hebat). Besi di pusat bumi itu menimbulkan kekuatan yang
hebat yang berupa magnet dan tarikan graviti. Firman Allah selanjutnya pada Al
hadiid (ayat 25) yang bermaksud serta berbagai manfaat untuk manusia. Manfaat
yang perlu disebutkan paling dahulu (sebab manusia sering lupa) ialah bahawa
besi merupakan salah satu unsur yang membangun haemoglobin, protein dalan darah
yang berfungsi mengikat oksigen yang kita menghirupnya dari udara. Ketika
oksigen masuk ke dalam paru-paru kita, oksigen itu segera ditangkap oleh besi
dalam haemoglobin, kemudian dihantar
oleh darah keseluruh tubuh kita untuk proses metabolisme. Jelas sekali Allah
memelihara kelangsungan hidup kita melalui besi. Oleh itu, kita sebagai manusia
perlulah sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t
kepada kita.
BIDANG KEJURUTERAAN
1.
Kejuruteraan awam
Kubah dan menara masjid yang di
bina menunjukkan kefahaman dan kemahiran sarjana-sarjana Islam dahulu dalam
bidang sains bangunan dan seni bina. Dalam kejuruteraan awam hidrologi 6,
orang-orang Islam juga memberi sumbangan penting. Pada zaman pemerintahan
khalifah Umar, beberapa terusan telah dibina. Saiyidina Umar pula telah
mengarahkan pembinaan satu terusan yang panjangnya lebih kurang 10 km yang
mengalirkan air dari sungai Furat. Terusan ini diberi nama Terusan Abu Musa
Asy‟ari, pemerintah Basrah ketika itu.
Satu lagi terusan ialah Terusan Ma‟akal
yang di bina di bawah penyeliaan Ma‟akal Ibnu Yasar. Teknologi air bawah tanah
juga telah di usahakan di Parsi. Bandar Isfahan dikelilingi oleh padang pasir.
Teknologi ini telah ditulis oleh Syaikh Bahauddin al-A’mili seorang ahli sufi
Safavid yang mahir dalam matematik dan keagamaan.
Bagi negara yang yang dikelilingi
oleh padang pasir, teknologi ini amat berguna kerana ia dapat mengelakkan
pengewapan air. Bukti ini menunjukkan bahawa mereka juga telah meneliti bukan
sahaja tentang pembinaannya, bahkan mengambil berat tentang perancangan dan
penyelenggaraan projek tersebut.
2.
Kejuruteraan mekanikal
Boleh dikatakan sumbangan
sarjana sains dan teknologi Islam yang banyak ialah dalam bidang mekanik.
Sumbangan Banu Musa terkandung didalam buku Kitab Peranti (TheBooks of
Artifices) yang telah disebut dahulu. Ibnu Sina pula walaupun beliau lebih
terkenal dalam bidang perubatan dan pembedahan, namun beliau banyak memberi
sumbangan yang mengagumkan dalam bidang mekanikal. Di antara saranan Ibnu Sina
ialah prinsip inersia yang terkandung di dalam kata-katanya yang berbunyi
“tidak ada jasad yang mula bergerak atau berhenti dengan sendiri.”, “masa tidak
boleh dibayangkan tanpa gerakan.”, “daya hanya boleh di sukat dalam sebutan
kesan-kesannya.”, “dalam sesuatu mesin mudah, apa yang diperoleh dalam bentuk
kuasa adalah kehilangan dalam kelajuannya.” Al-Khwarizmi pula tertarik kepada
kerja-kerja amali tentang bagaimana dapat menentukan ketumpatan spesifik dan
berat kegravitian (tarikan bumi) dan keapungan.
Di antara pernyataan Khawarizmi yang berkaitan dengan hal ini ialah “berat ialah daya malar inheren tatkala sesuatu jasad tertarik ke pusat bumi”, “jasad-jasad yang mempunyai graviti sama ialah jasad-jasad yang bergerak didalam cecair dari titik tunggak melalui jarak yang sama dalam masa yang sama.” Teknologi yang mendapatkan tenaga dari udara dan air telah mendapat perhatian orang serata dunia dan ia merupakan Penggerak Perdana” yang utama sehinggalah kuasa tenaga stim diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian. Antara contoh rekaan ialah jam air gajah, pam air duasilinder, pam air enam silinder selari, perangan jet stim. Ini jelas mengambarkan manusia pada zaman nabi juga mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang ilmu dalam bidang teknologi dan ini seterusnya memberi manfaat kepada manusia sejagat.
Di antara pernyataan Khawarizmi yang berkaitan dengan hal ini ialah “berat ialah daya malar inheren tatkala sesuatu jasad tertarik ke pusat bumi”, “jasad-jasad yang mempunyai graviti sama ialah jasad-jasad yang bergerak didalam cecair dari titik tunggak melalui jarak yang sama dalam masa yang sama.” Teknologi yang mendapatkan tenaga dari udara dan air telah mendapat perhatian orang serata dunia dan ia merupakan Penggerak Perdana” yang utama sehinggalah kuasa tenaga stim diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian. Antara contoh rekaan ialah jam air gajah, pam air duasilinder, pam air enam silinder selari, perangan jet stim. Ini jelas mengambarkan manusia pada zaman nabi juga mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang ilmu dalam bidang teknologi dan ini seterusnya memberi manfaat kepada manusia sejagat.
BIDANG TEKNOLOGI
Tahukah anda apa pula makna
teknologi? Teknologi merujuk kepada cara penyelesaian kepada masalah sebenar
manusia melalui kemajuan dan penggunaan peralatan, bahan-bahan, jentera,
maklumat, pemerosesan dan sebagainya. Hal ini bermakna teknologi lebih merujuk
kepada cara penggunaan dan pengetahuan peralatan dan kemahiran manusia. Sejarah
teknologi bermula seawal sejarah manusia sendiri. Manusia terawal telahpun
menggunakan pelbagai peralatan untuk menyelesaikan masalah hidup mereka seperti
alat perburuan, pertanian, pemahatan dan sebagainya. Setelah itu, peralatan
yang digunakan oleh manusia menjadi semakin kompleks dan ilmu pengetahuan
tentangnya juga berkembang. Himpunan ilmu pengetahuan tentang teknik penciptaan
peralatan dan kegunaannya untuk memenuhi pelbagai keperluan fizikal hidup
manusia inilah yang akhirnya berkembang menjadi satu disiplin ilmu teknologi
seperti yang diketahui sekarang.
ICT pula merujuk kepada
penggunaan teknologi dalam mengurus, mengguna dan memproses maklumat. Secara
tepatnya ICT berkait dengan penggunaan komputer elektronik dan perisian untuk
memindah, menyimpan, memelihara, memproses dan memadankan maklumat. Bagi
masyarakat umum pula, ICT lebih difahami sebagai kemahiran memanfaatkan dan
menggunakan Internet untuk tujuan mencari, memindah, menyimpan dan memadankan
maklumat.
Berdasarkan definisi
ketiga-tiga bidang tersebut, jelas kepada anda bahawa ketiga-tiganya merupakan
pengetahuan dan kemahiran yang sangat penting bagi umat manusia, termasuk masyarakat
Islam.
Contoh yang sesuai ialah
al-Qur’an. Walaupun al-Qur’an bukan buku sains, namun terdapat banyak maklumat
sains di dalamnya. Umpamanya, al-Qur’an menjelaskan secara terperinci tentang
permulaan kejadian manusia dari peringkat embrio semasa di dalam rahim ibunya.
Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:
Sesungguhnya
Kami ciptakan manusia dari tanah yang lembut. Kemudian Kami jadikannya setitik
sperma pada tempat yang tetap (rahim), kemudian Kami jadikan sperma itu sesuatu
yang bergantungan yang seterusnya menjadi mudghagh (seketul ketumbuhan).
Mudghah ini pula seterusnya Kami jadikan tulang dan kemudiannya Kami litupi
tulang tersebut dengan daging kamudian Kami jadikannya makhluk yang berbeza … (Surah
al-Mu’minun: 12 – 14)
Dalam ayat ini, al-Qur’an
menjelaskan secara terperinci peringkat kejadian manusia. Penjelasan ini telah
terbukti menepati proses pembesaran janin dalan rahim ibunya seperti yang
dijelaskan oleh para saintis moden hari ini.
Terdapat berpuluh-puluh ayat lain
yang menggambarkan betapa rapatnya hubungan antara al-Qur’an dengan sains. Hal
ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana hakikatnya semua ilmu berpunca
daripada Allah s.w.t. Maka, begitulah juga ilmu sains berpunca daripada Allah
s.w.t. Berdasarkan takrifan yang dinyatakan di atas iaitu sains merujuk kepada
satu bidang ilmu yang berkaitan dengan kajian alam fizikal dan segala fenomena
yang berlaku dalamnya, maka jelas bahawa sains juga bersumberkan Allah s.w.t.
yang disampaikan melalui al-Qur’an. Hal ini kerana alam semesta ini merupakan
ciptaan dan milik Allah s.w.t. Maka sudah tentulah ilmu yang berkaitan dengan
alam semesta juga merupakan ciptaan dan milik Allah s.w.t.
Ketika masyarakat Barat masih
lagi hidup dalam zaman kegelapan pada abad-abad pertengahan (medieval period),
umat Islam telah mencapai zaman kegemilangan sains dan teknologi hasil ciptaan
dan pemikiran para saintis Muslim. Bagaimanapun, akibat kealpaan umat Islam
selepas itu, penguasaan mereka terhadap ilmu pengetahuan tersebut mulai merosot
dan akhirnya ilmu pengetahuan mereka dipindahkan kepada masyarakat Barat. Hasil
sumbangan dan pemikiran cerdik pandai Islam inilah yang akhirnya memberi
sumbangan kepada kemunculan dan kegemilangan tamadun Barat seperti yang kita
saksikan hari ini. Dengan itu, menjadi tugas para saintis Muslim pada hari ini
untuk bekerja keras untuk mengembalikan keagungan tamadun Islam seperti yang
pernah dinikmati dahulu. Tumpuan yang serius mesti diberikan oleh masyarakat
Islam untuk mengembalikan keagungan sains dan teknologi Islam. Mempelajari ilmu
sains, teknologi dan ICT sehingga boleh dimanfaatkan oleh orang lain merupakan
fardu kifayah bagi semua umat Islam. Antara sebab umat Islam mesti memberikan
perhatian berat kepada sains, teknologi dan ICT ialah kerana:
1)
Dalam dunia hari ini, ternyata sekali bahawa
negara yang memiliki kekuatan dalam bidang-bidang ini adalah negara yang paling
berkuasa dan berpengaruh. Umat Islam mesti memastikan bahawa negara umat Islam
menjadi negara yang paling kuat dan berpengaruh. Hal ini memungkinkan usaha
penyebaran dakwah Islamiyyah bagi memuliakan kalimah Allah dapat dilakukan
dengan lebih berkesan.
2)
Sains,
teknologi dan ICT bukanlah sesuatu yang asing bagi agama Islam. Semua ilmu
berasal daripada Allah s.w.t. termasuk juga sains, teknologi dan ICT. Selain
itu, umat Islam dahulu telah berjaya muncul sebagai pelopor dan peneroka dalam
bidang ini. Maka umat Islam sekarang perlu berusaha untuk mengembalikan status
tersebut.
3)
. Islam sangat terbuka dalam usaha mendapatkan
ilmu dan kebijaksanaan. Islam membenarkan para penganutnya untuk mengambil ilmu
walaupun daripada sesiapa juga. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
‘Menuntut
ilmu agama adalah kefarduan kepada orang Islam lelaki dan perempuan.’
(HR.
Ibnu Adi dan Baihaqi)
Hal ini bermakna Islam mengajarkan
kita supaya berusaha untuk mendapatkan ilmu walaupun terpaksa belajar dan
mendapatkannya daripada orang kafir.
Teknologi
adalah ilmu tentang alat. Al-quran mendidik manusia supaya memiliki nilai guna
yang Qurani. Nilai guna Qurani menghubungkan etika dan nila yang sifatnya
memberi guna (yanfaunnas). Ia penting kerana setiap alat jangan sampai
disalahguna dan membawa mudarat kepada pengguna dan manusia.
Tidak
salah membangunkan teknologi kerana ia adalah produk kepada sains. Di samping
pembangun teknnologi tinggi (high-tech) umpamanya, sentuhan keinsanan (high-touch)
juga penting kerana sentuhan keinsanan boleh membina nilai guna yang sifatnya
menyantuni.
Nilai
guna yang dilandasi oleh etika yang Qurani memberi pedoman supaya kegunaan
sesuatu alat dihubungkan dengan Allah. Allah memberi pedoman dalam Al-Quran
supaya melakukan sesuatu atas pertimbangkan yang ma’aruf dan jauhkan daripada
kemungkaran. Tanpa etika Qurani manusia boleh menyalahgunakan alat dan membawa
musibah kepada pengguna serta manusia.
Internet
boleh digunakan untuk maksud kebaikan dan juga boleh digunakan untuk maksud
keburukan. Yang menyebabkan kecenderungan baik dan buruk itu ialah etika yang
terbina hasil keinsafan mandalam manusia bahawa dalam melakukan sesuatu Allah
mengetahui walaupun orang lain tidak tahu. Pengguna yang memiliki
God-conciousness atau keihsanan yang tinggi memilih jalan Allah dalam melakukan
sesuatu. Allah mengungkapkan dalam A-Quran Inna aqramakum’indallah hi
atqaqumkaramah insan (yang terbaik) ialah yang memiliki jiwa muttaqeen.
Sejarah
tamadun Islam di samping cemerlang dengan penemuan saintifik tetapi juga
pembangunan teknologi. Barat sering menyembunyikan pencapaian ilmuwan Islam
dalam bidang teknologi. Barat sering menyatakan merekalah orang pertama dan
pembangunan pelbagai jenis teknologi. Islam sejak abad ke-7 hingga abad ke-13
merupakan pelopor dalam bidang sains dan teknologi. Barat hanya melannjutkan
penemuan awal daripada ilmuwan Islam. Sayangnya sejarah tamadun Barat tidak
menyatakannya.
Jam
mekanik dibangunkan oleh Khalaf Al-Muradi (Sepanyol) pada 1300M dan muncul
dalam peradaban Barat pada tahun 1430M. Teknologi robot dibangunkan oleh Al
Jazari (1136-1206) sedangkan Barat menemui teknologi robot oleh Leornardo da
Vincci pada abad ke-13M.
Begitu
juga perekaan teknologi kamera dilakukan oleh Ibn Al al-Haitam di abad 10M
dengan temuan cemerlangannya kamera obscura. Pengembangan teknologi kamera
dilakukan oleh Giovanni Batista Della Porta dan Joseph Kepler sekira abad 16M.
Teknologi
kaca mata dan teknologi pesawat terbang dipelopori oleh ilmuwan Islam Lutfallah
Gari (Saudi) dan Abbas Ibnu Firnas pada tahun 852M dan 875M. Ia amat bercanggah
dengan pendapat orang Barat sebagai penemu dan pencetus pesawat terbang pertama
pada abad ke-19. Ia bermakna teknologi pada zaman ketamadunan Islam adalah
sesuatu yang amat dikagumi walaupun Barat cuba menyembunyikan hakikat sejarah
ini untuk maksud-maksud tertentu.
Dalam
tradisi Islam, teknologi selamannya alat dan ia bukan matlamat. Setakat mana
teknologi membangunkan akal-budi insan supaya teknologi memberi manfaat kepada
manusia, ia menjadi matlamat. Sebab it faktor nilai guna menjadi sesuatu yang
amat utama. Teknologi terkini seperti komputer dan internet dari segi
perkakasan ia berguna. Tetapi dari sudut perisian ia memerlukan semakan dan
saringan supaya ia sesuai dengan kegunaan kita. Ia menjadi suatu cabaran kepada
pengguna kita yang berkeahlian dan kepakaran membangunkan perisian yang sesuai
untuk kita.
Sains
dan teknologi adalah rakan kembar yang berkait dengan perubahan dan kemajuan.
Seperti juga sains, ia memberi manfaat kepada manusia seperti juga teknologi.
Setakat mana ia bermanfaat terhubung dengan nilai guna yang dimiliki oleh
pengguna supaya maksud kesejahteraan tercapai. Sekiranya sains dan teknologi
menghasilkan musibah dan ia dikendalikan di luar tuntutan kemanusiaan, sains
dan teknologi bakal menghasilkan malapetaka dan bencana.
Sebaliknya
teknologi yang menjadi alat bantu dan ditunjangi oleh jiwa ihsan yang tinggi
bakal memberi manfaat kepada umat manusia dan alam. Allah telah memberi pedoman
dalam Al-Quran bahawa kerosakan ala mini adalah akibat perubatan tangan-tangan
manusia. Sebahagian tangan-tangan itu adalah akibat salah guna kepentingan
teknologi dan menyebabkan musibah terjadi.
KESIMPULAN
Perbincangan ini jelas menunjukkan bahawa
sains, teknologi dan ICT merupakan sesuatu yang sangat mustahak bagi kehidupan
manusia. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan kebahagiaan hidup manusia
di dunia dan akhirat, sentiasa menggesa umatnya untuk memberi penekanan bagi
menguasai segala bidang ilmu termasuk sains, teknologi dan kejuruteraan. Dengan
menguasai ketiga-tiga bidang tersebut, umat Islam boleh menjadi lebih kuat,
dihormati dan mudah untuk menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada manusia sejagat. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah, jelas bahawa alam diciptakan oleh Allah SWT tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada dilangit dan di bumi adalah hak Allah SWT untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat. Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan Tuhan bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud :
"Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah menundukkan apa yang ada di bumi untuk (kepentingan) mu dan menyempurnakan nikmat-Nya untukmu zahir dan batin". -Surah Luqman : 20
Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-quran sebagai panduan hidup kita kerana di dalam Al-Quran telah tercatat segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. Bidang kejuruteraan juga ada disebut di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang kejuruteraan sehingga mereka dapat mencipta peralatan yang berguna hingga kini.
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat juga kami menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini
kepada pensyarah kami , Puan Noraini Binti Nawawi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Kami
juga ingin mengucapkan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada ibu bapa
kami yang memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai kami Berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini
juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan bantuan
terhadapan kami. Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam
pembikinan kerja kursus ini.
Sekian, Terima kasih :)
RUJUKAN
∂ Buku Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam – Mohd Azli Adnan, Asnuurien Najma Ahmad, Azman Abd Rahman
(2015)
∂ PERANAN
AL-QURAN DALAM SAINS TEKNOLONGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM – Mohd Nazmi
http://mohdnazmi505.blogspot.my/2015/08/peranan-al-quran-dalam-sains-teknolongi.html
(17 Ogos 2015)
http://mohdnazmi505.blogspot.my/2015/08/peranan-al-quran-dalam-sains-teknolongi.html
(17 Ogos 2015)
∂ Peranan AlQuran dalam Sains dan Teknologi – Nur
Iman
http://www.academia.edu/4634610/Peranan_AlQuran_dalam_Sains_dan_Teknologi
(2013)
http://www.academia.edu/4634610/Peranan_AlQuran_dalam_Sains_dan_Teknologi
(2013)
∂ SAINS, TEKNOLOGI DAN ICT
– Universiti Terbuka wawasan
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/sains-teknologi-dan-ict/
(2009)
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/sains-teknologi-dan-ict/
(2009)
∂ Al-Quran dan ilmu
pengetahuan – Cikgu Sidek Baba
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/cikgu-sidek-baba/al-quran-dan-ilmu-pengetahuan-1.458542
(4 Disember 2014)
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/cikgu-sidek-baba/al-quran-dan-ilmu-pengetahuan-1.458542
(4 Disember 2014)
∂ PENDIDIKAN
SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM AL-QUR’AN DAN HADITH – Widya Rahman
http://widyaelrahma.blogspot.my/2014/07/pendidikan-sains-dan-teknologi-dalam-al.html
(22 Julai 2014)
http://widyaelrahma.blogspot.my/2014/07/pendidikan-sains-dan-teknologi-dalam-al.html
(22 Julai 2014)
LAMPIRAN
VIDEO PROSES PEMBENTUKAN BAYI SEHINGGA DILAHIRKAN