Thursday, 3 August 2017

HUBUNGKAIT KONSEP PEMBANGUNAN INSAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN

BAB 5 : HUBUNGKAIT KONSEP PEMBANGUNAN INSAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN
 [SESI JUN 2017]

DUB 1021 : PENGAJIAN MALAYSIA


KELAS : DTM1B
NAMA PENSYARAH : PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI
KUMPULAN 8 :


  ©     SITI KHALIDAH BINTI MOHD AMRAN (02DTM17F1034)
  ©     NUR ATHIRAH BINTI MUSTAFA KAMAL (02DTM17F1016)
  ©     NUR IZZATI BINTI MOHD ZAKI (02DTM17F1019)
  ©     ATHIRAH SYADIYAH BINTI SULAIMAN (02DTM17F1111)
  ©     IYLIA AQILAH BINTI ABU BAKAR (02DTM17F1088)




_____________________________________________________________________________________________






PENGENALAN

Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Malahan proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda, jiwa dan rohani ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.



DEFINISI

Modal insan bermaksud:

«  Mempunyai sahsiah yang terpuji.
«  Menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan berprinsip.
«  Berintegriti: ada wawasan, perancangan yang rapi, keterampilan diri, pemantaundan adab dan akhlak terpuji.

Pendidikan bermaksud:

«  Pendidikan  bermaksud  perihal  atau  perbuatan  mendidik.
«  Pendidikan  diertikan  sebagai  didikan  , latihan  dan  ajaran .
«  Usaha  sistematik  yang  disengajakan , yang  dibuat  oleh  sesuatu  masyarakat  untuk  menyampaikan  pengetahuan ,  nilai , sikap  dan  kemahiran  kepada  ahlinya  , usaha  memperkembangkan  potensi  individu  dan  perubahan  yang  berlaku  dalam  diri  manusia .

KENAPA KITA PERLUKAN PENDIDIKAN?

«  Pendidikan membolehkan kita memahami tabii alam.
«  Pendidikan kualiti hidup kita.
«  Pendidikan membangunkan insan  bertatasusila, berakhlak, beradab, beretika.
«  Pendidikan membangunkan negara.
«  Pendidikan  membangunkan  tamadun.
«  Pendidikan  memastikan  kejayaan  dunia  dan  akhirat .

Daripada perspektif yang berbeza, bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Jepun dan Korea Selatan adalah dua buah negara yang aset materialnya sangat sedikit, berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan negara mereka setanding dengan negara-negara maju yang lain.





SISTEM PENDIDIKAN

PERINGKAT PENDIDIKAN

v  Terbahagi kepada 5 peringkat iaitu:
·         Prasekolah
·         Rendah
·         Menengah
·         Lepas menengah

Murid melalui sistem pendidikan kebangsaan akan mengikuti pendidikan formal selama 12 hingga 13 tahun (tidak termasuk pendidikan prasekolah) sebelum mengikuti pendidikan tinggi. Pelajar yang mengikuti program 2 tahun dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang setara dengan A-Levels atau pilihan alternatif aliran agama, iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memerlukan 13 tahun untuk menamatkan pengajian. Murid yang mengikuti program matrikulasi pula memerlukan 1 hingga 2 tahun pendidikan. Murid berkeperluan khas juga mempunyai pilihan tambahan tempoh 2 tahun untuk menamatkan persekolahan mereka.

Tempoh persekolahan selama 13 tahun hingga tamat STPM adalah setanding dengan sistem pendidikan lain yang maju. Banyak sistem pendidikan seperti di England dan Scotland telah mencapai standard A-Levels dalam tempoh 13 tahun. Di Hong Kong, program yang setara dengan A-Levels dijalankan dalam tempoh 12 tahun. Pendidikan formal di Malaysia bermula dengan kemasukan ke sekolah rendah bermula umur 6 tahun ke atas. Untuk pendidikan rendah adalah sama dengan amalan dalam kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi, seperti Singapura dan Ontario (Kanada). Sistem pendidikan Finland juga memulakan pendidikan rendah pada umur 7 tahun ke atas.

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Tujuan utama penetapan umur prasekolah ialah memberikan tempoh yang mencukupi kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagai persediaan ke sekolah rendah. Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak terbahagi kepada yang berikut:
·         Pendidikan prasekolahan untuk kanak-kanak  antara 4 hingga 5 tahun.
·         Pusat jagaan harian untuk kanak-kanak yang kurang daripada 4 tahun.

Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak memainkan peranan penting dalam perkembangan psikologi dan intelek. Kementerian menyasarkan enrolmen di prasekolah berdaftar meningkat sehingga 92% menjelang tahun 2015. Kementerian tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan struktur sistem pendidikan Malaysia selari dengan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi. Kementerian memberi tumpuan kepada penyusunan semula struktur bagi setiap peringkat pendidikan.





KURIKULUM KEBANGSAAN

§  Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dan merancang kurikulum untuk dilaksanakan di semua peringkat pendidikan

§  Tujuan :-
o   Untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani , rohani, mental dan emosi.

§  Kurikulum kebangsaan terbahagi kepada 5 :
o   Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak- Kanal
o   Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
o   Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR)
o   Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
o   Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

§  Strategi perlaksanaan kurikulum di sekolah rendah ialah :
o   Menyediakan dokumen standard kurikulum asuhan, didikan awal kanak-kanak dan kurikulum prasekolah kebangsaaan.
o   Menggubal standard kandungan dan standard pembelajaran untuk setiap subjek
o   Menyediakan bahan sokongan kurikulum
o   Menyemak dan meminda kurikulum berdasarkan perubahan dasar pendidikan dan dasar utama Negara.
o   Menyediakan, menyemak, dan mengemaskini kurikulum sedia ada mengikut keperluan semasa.


KOKURIKULUM KEBANGSAAN.

v  Tujuan :
Melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut intelek, minat, bakat, jasmani dan rohani serta pembentukan nilai etika dan jati diri.
v  Kementerian Pendidikan telah mewajibkan pelajar untuk mengikuti kokurikulum
v  Strategi perlaksaan kokurikulum sekolah :
o   Membudayakan aktivit kokurikulum dalam kalangan pelajar.
o   Memberi peluang kepada semua pelajar untuk melibatkan diri secara aktif.
o   Memberi wajaran kepada penglibatan yang sesuai
o   Melibatkan pelajar pelbagai kaum dalam aktiviti
o   Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni.

PENDIDIKAN RENDAH.

§  Kerajaan beriltizam untuk meningkatkan enrolmen bertujuan memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai pendidikan, bermula di peringkat awal.
§  Matlamat untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran :
o   membaca, menulis, mengira (3M)
o   menaakul
o   pengenalan kepada konsep asas sains
o   kemahiran pravokasional
o   kemahiran generik
o   penerapan nilai-nilai murni

PENDIDIKAN MENENGAH

§  Kerajaaan mewajibkan pendidikan peringkat menengah rendah dan menengah atas menjelang tahun 2015.
§  Ia menjadikan sistem pendidikan Malaysia selari dengan standard tempoh pendidikan wajib antarabangsa dan usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa akan 
\datang.
§  Tujuan :
o   Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir tinggi
o   Mempunyai nilai jati diri kenegaraan yang tinggi
o   Menguasai sekurang-kurangnya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
o   Memastikan pelajar lepasan menengah dapat meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Pusat Latihan Kemahiran Industri, Matrikulasi, Tingkatan 6, Prauniversiti, Universiti Awam atau IPT

PENDIDIKAN LEPAS MENENGAH

v  Pelajar yang telah menamatkan pengajian sekolah menengah berpeluang untuk menyambung pelajaran peringkat lepas menengah (ting. 6)
v  Tujuan :
o   Memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran sebagai persediaan melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama di IPT

v  Pada akhir pengajian, pelajar akan menduduki pertaksiran peringkat STAM, STPM dan MUET

TEMPOH PENDIDIKAN FORMAL

v  Sistem persekolahan di Malaysia adalah antara 12 hingga 13 tahun bagi pendidikan formal.
v  Tujuan tempoh tersebut :
·         Memberi masa yang cukup kepada murid di Malaysia untuk perkembangan secara menyeluruh intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.



LALUAN PENDIDIKAN VOKASIONAL

Bertujuan memberi pendidikan khusus dalam kemahiran pelajar untuk memenuhi kerjaya yang memerlukan kemahiran dan kepakaran teknikal yang khusus. Perbezaan antara teknikal dan vokasional :
·         Aliran teknikal mempersiapkan murid untuk melayakkan diri dalam pendidikan lanjutan.
·         Aliran vokasional lebih berorientasikan kerjaya.
Permintaan industri untuk lulusan vokasional adalah tinggi dan memberangsangkan. Pada tahun 2008, Kementerian Sumber Manusia melaporkan bahawa terdapat kekurangan sumber tenaga kerja mahir, iaitu melebihi 700,000 orang dalam industri pembuatan, pertanian dan pembinaan. Menjelang 2020, sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan di bawah NKEA, sekurang-kurangnya 46% memerlukan kelayakan sijil vokasional atau diploma, berbanding dengan 22% yang memerlukan kelayakan ijazah pertama. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 di rancang dalam bidang Vokasional bagi memenuhi keperluan industri pada masa hadapan.

 Kerajaan mewujudkan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional bagi mengukuhkan latihan untuk lulusan berkemahiran. Kerajaan telah memperluaskan pendidikan vokasional bermula pada peringkat menengah rendah melalui program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan mengukuhkan laluan sedia ada pada peringkat menengah atas melalui program Kolej Vokasional (KV). Kerajaan menjangkakan 10% daripada setiap pengambilan pelajar menengah atas terdiri daripada murid vokasional pada tahun 2015 melalui Pelan Pendidikan Transformasi Vokasional. Melalui pelan ini, pengambilan murid dijangka akan meningkat kepada 20% menjelang 2020.


LALUAN PENDIDIKAN TEKNIKAL

Kerajaan memberi peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang teknikal di sekolah-sekolah teknik di seluruh negara. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk meneruskan pengajian dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan professional. Diiktiraf sebagai sebahagian daripada laluan akademik dan biasanya memerlukan asas akademik yang kukuh bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar dikehendaki mengambil mata pelajaran akademik dan boleh memilih set mata pelajaran elektif teknikal yang diminati sama ada dalam bidang kejuruteran awam, sains pertanian, prinsip perakaunan atau lain-lain.


LALUAN PENDIDIKAN AGAMA.

Ia menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan . Sekolah Agama Awam terdiri daripada Sekolah Agama Kerajaan, Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Semua Sekolah Agama melaksanakan kurikulum kebangsaan. SAN dan SABK melaksanakan kurikulum ini dan kurikulum kebangsaan

Terdapat 350 buah sekolah agama swasta di seluruh Malaysia. Sekolah Agama Swasta boleh memilih sama ada kurikulum kebangsaan atau tidak. Kerajaan telah memperkenalkan program pendaftaran SAN dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai SABK. Mewujudkan kelas aliran Agama (KAA) di sekolah menengah. SAN dan SAR yang telah berdaftar sebagai SABK adalah sebanyak 195 sekolah. Sekolah yang melaksanakan KAA berjumlah 547 sekolah.


LALUAN PENDIDIKAN SUKAN DAN SENI

-         -  Kerajaan telah menubuhkan sekolah sukan dan sekolah seni bagi melahirkan pelajar yang hebat dalam bidang sukan dan seni.
-         - Terdapat empat buah sekolah sukan dan dua buah sekolah seni di Malaysia.
-          - Selain itu, sekolah ini ditubuhkan bagi memupuk dan mengembangkan bakat generasi muda dan melahirkan atlet pelapis serta pengiat seni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
-        -  Turut mendapat pendidikan asas yang luas dengan mengikuti kurikulum dan menduduki peperiksaan yang sama seperti pelajar sekolah lain.
-          - Sekolah ini bertujuan untuk membangunkan potensi murid secara holistik dan menyeluruh.





LALUAN PENDIDIKAN KHAS

Kanak-Kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) diberi perhatian yang sama dengan kanak-kanak normal. Contohnya ;
·         Kurang upaya penglihatan
·         Kurang upaya pendengaran
·         Masalah pembelajaran
·         Kurang upaya fizikal
·         Kurang upaya pelbagai

Peringkat sekolah, pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan lepas menengah termasuk dalam golongan (OKU). Kerajaan beritizam untuk menangani masalah yang dihadapi dalam system pendidikan khas seperti ;
·         Kekurangan guru.
·         Keterbatasan kurikulum dan pentafsiran.
·         Ketidakcukupan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan

PENDIDIKAN UNTUK MURID PINTAR CERDAS

§  Perlu diberikan pendidikan yang khusus bagi menggilap lagi minda dan keistimewaan mereka.
§  Insiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan mewujudkan program pendidikan untuk murid pintar cerdas seperti PERMATA pintar.

PENDIDIKAN SWASTA

§  Pendidikan swasta ialah pendidikan yang disediakan kepada murid tempatan dan antaranbangsa oleh institiusi pendidikan swasta.
§  Dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta.
§  Sektor swasta menawarkan pendidikan dari peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat pra-universiti.


  LAMPIRAN

KESIMPULAN
Sistem pendidikan Negara kini ke arah sistem penilaian yang lebih sistematik. Sistem pentaksiran yang lebih menyeluruh dan standard. Menilai pencapaian murid, dengan mengubah penekananan dalam peperiksaan awam daripada terlalu berasaskan tanggungan kepada yang lebih berasaskan kemahiran atau daripada yang bersifat ujian pencapaian kepada yang bersifat ujian kebolehan am.


PENGHARGAAN

Alhamdullilah , bersyukur ke hadrat ilahi  kerana dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami , Puan Rina Fakhizan Binti Mohd Sukri kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

 Kami juga ingin mengucapkan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami Berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan bantuan terhadapan kami. Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.
Sekian, Terima kasih :)

RUJUKAN

1. "Pengajian Malaysia" - Normurni Mohamad, Razana Fatin Abdullah, Mohamad Faizal Ahmat (2016)

2. "Perjuangan Memperkasa Pendidikan Di Malaysia" - Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris (2008)

3. "Pendidikan di Malaysia Dahulu dan Sekarang" - Kay Kim Khoo, Mohd Fadzil Othman,  Jazamuddin Baharuddin (2007)

4. "Beban Tugas Guru Cahaya Menanti di Hujung Terowong - Razali M. F. (2010)


5. "Tugas Rencam Bebankan Guru - Razali M. F. (2010)

1 comment:

  1. merit casino【WG】betfair play for free
    【WG98.vip】⚡,play septcasino for 메리트카지노총판 free,predict for free,predict for money,win kadangpintar for money,oddschecker predictions,win odds tips,free bet,oddschecker

    ReplyDelete