Thursday, 8 September 2016

Pengajian Malaysia DTM1C 2016 - BAB5 PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU ANGGOTA PERTUBUHAN OIC



Peranan Malaysia Sebagai Salah Satu Anggota Pertubuhan OIC




KUMPULAN 7

SITI NUR FATIN BINTI MOHD MOKHDI
(02DTM16F1143)

SITI KHALIDAH BINTI MOHD AMRAN
(02DTM16F1115)
NUR AFFIFAH SYAZWANI BINTI ZAKARIA
(02DTM16F1038)

NUR AYUNI BINTI ZAKARIA
(02DTM16F1050)

NUR IZZAH HIDAYAH BINTI CHE NORMIN
(02DTM16F1068)







_________________________________________________________________________________





PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)



PENGENALAN

Organisation of Islamic Cooperation(OIC)

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.



OBJEKTIF


Objektif OIC adalah seperti berikut:
  • Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota;
  • Menyelaras kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengatur perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa;
  • Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk;
  • Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha kea rah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan;
  • Meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka; dan
  • Mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di kalangan negara anggota dan dengan negara lain.




KEANGGOTAAN

 OIC kini mempunyai 55 anggota iaitu: Afghanistan, Albania, Algeria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia and Herzegovia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Libya, MALAYSIA (PENGERUSI), Maldives, Mali, Mairitania, Maghribi, Mozambique, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestine, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan, Surinam, Syria, Tajikstan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, Uganda, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Uzbekistan dan Yaman.




PERANAN MALAYSIA SEBAGAI ANGGOTA OIC

Malaysia merupakan pengurusi OIC yang terus berusaha membawa kemajuan dan memperkenalkan insiatif dalam pelbagai usaha untuk beri nafas baru pada OIC. Malaysia komited memupuk perpaduan dan meningkatkan kerjasama antara negara-negara anggota ; ekonomi, perdagangan, pendidikan, kebudayaan. Idea dan insiatif diambil Malaysia adalah untuk membangun dan memajukan umat Islam dunia termasuk minoriti Islam di negara bukan Islam. 

STANDARD HALAL ANTARABANGSA

-Malaysia antara negara peneraju industri halal
-Berkongsi kepakaran dalam industri  
 makanan halal dengan negara-negara OIC.
-Kepakaran Malaysia dalam membangunkan standard dan sijil kelayakan halal dijadikan  penananda aras.
-Membangunkan Standard Halal Antarabangsa oleh Pakatan Halal Antarabangsa. 

FORUM EKONOMI ISLAM SEDUNIA (WIEF)

-Mengumpulkan tokoh-tokoh ekonmi, intelektual dan pemimpin ternama dari dunia Islam  dan Barat. 
-Tujuannya mewujudkan platform bagi membincang dan menerapkan idea untuk  membangunkan ekonomi ummah.

ORGANISASI ZAKAT ANTARABANGSA

-Persidangan pertama di Kuala Lumpur pada November 2006. 
-Membentuk kesepakatan bahawa kerjasama erat diperlukan bagi mengkaji aplikasi zakat  sebagai sumber kewangan kepada Organisasi Zakat Antarabangsa. 

PASUKAN TINDAK BALAS KECEMASAN KOMPUTER (OIC-CERT)

-Malaysia dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas OIC-CERT iaitu satu pasukan  bertindak untuk keselamatan teknologi maklumat (ICT) negara-negara anggota OIC pada  Jun 2006

PROGRAM BINA UPAYA BAGI NEGARA ANGGOTA (CAPACITY BUILDING PROGRAM)

-Dilancarkan pada 29 MAc 2005 di Kuala Lumpur oleh PM Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah  Bin Ahmad Badawi.
-Bertujuan mengurangkan kemiskinan dan mengukuhkan pembangunan ekonmi, terutama  bagi negara anggota yang mudur.
-Kaedanya ialah dengan meningkatkan pembinaan keupayaan dalam bidang pembangunan  sumber manusia, institusi, kemahiran pengurusan dan pembangunan prasarana di negara-  negara berkenaan. 


PROGRAM JAMINAN KUALITI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) 

-Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan bantu negara-negara OIC bagi membangunkan program ini agar IPT mereka boleh bersaing di dalam dan di luar negara.





SUMBANGAN OIC KEPADA MALAYSIA 

Menganjurkan Perkhemahan Belia Islam pada peringkat antarabangsa bagi membentukan rohani dan jasmani pendidikan Islam. Misalnya, Perkhemahan Belia Islam di Arab Saudi (1978), di Malaysia, Brazil, Syria dan Turki (1981).





PENGHARGAAN
  
Alhamdullilah , bersyukur ke hadrat ilahi  kerana dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
            Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami , Encik Kamal Bin Hisam kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
            kami juga ingin mengucapkan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami Berjaya menghabiskan tugasan ini.
            Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan bantuan terhadapan kami.
            Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.

Sekian, Terima kasih :)



1 comment:

  1. Gambling and betting: casino & sports betting explained - Dr. Maryland
    and the rest of 광양 출장마사지 the major sports, and the most 상주 출장샵 popular bets at the biggest betting sites. 청주 출장샵 The Gambling industry 동두천 출장샵 uses the internet 김해 출장마사지 to

    ReplyDelete